Back to Forum Index Back to Topic Index Post New Message

After Sales Services

Topic: Is MODENAS Customer Call Centre helpful?

matscoot

Posted: 08/04/2007


Skuter modenas mmg berkualiti, pusat servis ada cuma alat ganti ada sikit jarang ada di kedai biasa. tapi lebih dari Yamaha skuter mcm ego & novo..dah susah nak dpt ..mahal pulak tu..cekik darah punya skuter..matskuuter JB

Aizen

Posted: 18/04/2007


Hehehe...aku baru je beli X-cite130 (11.04.07) aritu. Bentuk dia ok tp lampu blakang x r scantik mana.Tp bila letak sport rim depan blakang,mengancam jugak! speed dia..takat ni aku dapat tekan 110km/j.tp risau terbarai plak tgh highway,so skang bwk dlm 60km/j (ikut dlm manual utk 800km pertama). Overall, sume ok...(bila nak ada 250cc ek?)

najmi najib

Posted: 16/07/2007


saya salah seorang pengguna motor modenas, sya memiliki moto modenas secara turun temurun, ayah saya dulu menggunakan moto kriss first model, selepas 6 tahun ia menukar pula kpd kristar krana enjin motornya selalu rosak. saya pula pada tahun 2004 membeli motor kriss 1, pda mulanya saya berpuas hati tetapi stlah setahun mngunakanya saya menghadapi masalah untuk start, motor saya tersadai di tepi jalan, saya terpaksa menolak ke kedai yg terletak amat jauh. tetapi skrang setelah dibaiki ia bertambah elok tetapi sya risau utk jalan jauh. saya berharap agar modenas menaikkan tahap prestasi enjin, bentuk yang lebih moden, dan banyakkan promosi.. saya mendapat response dari kawan saya mengatakan "model ni utk orang tua bolehla" sya brpendapat jika modenas tidak mengubah sikap, modenas akan kehilangan pelanggan tetap, kemungkinan saya juga pada masa akan datang akan beralih kpd model motor honda dan yamaha yg lebih berprestasi tinggi... terima kasih

Rafee

Posted: 03/08/2007


modenas keluarkanlah scooter besar 250cc. Power sikit!! Elegen 150cc dah tak sedapla bawa.

zuhaini

Posted: 08/08/2007


saya menggunakan kriss 100, oleh kerana rim alloy yang asal bermasalah saya telah menukarnya kepada sport rim tetapi saya dapati ada masalah tayar/rim tidak center seperti lonjong, kalau dilihat dengan teliti nampak seperti drum degan hub tidak rapat sekata semoga pihak modenas dapat membantu

APANDI BJQ 3048

Posted: 07/09/2007


sebelum ni saya menggunakan kriss 1,5 tahun tiada problem.minggu lalu saya trade in kepada x-cite 130.Masalahnya kelajuan maksimum x-cite saya hanya 110 km/j dan rpm menunjukkan 8500 rpm pada top gear.pada saya ini adalah abnormal.satu lagi masalah saya ialah walaupun x-cite 130 cc tapi keupayaan enjinnya ibarat motor berkuasa 80 cc.sungguh mendukacitakan dan saya rasa sungguh tertipu.

raj

Posted: 22/09/2007


motorsikal saya elegen adah masalah sedikit baru-baru ini semasa mula perjalanan dari berhenti ada satu hentakan seperti tukar gear

akeim

Posted: 26/09/2007


ya saya menggunakan modenas 100 brake disk kenapakah banyak masalah engine dan juga stater kik pada motosikal in, sehingga kini saya mengantikannya hampir sebanyak 7 batang stater kik dalam masa setahun,masalah ini kenapa boleh timbul, kenapa reka bentuknya tidak mesra pengguna, dengan model2x motosikal lain yang lebih simpel dan tidak membebankan serta kos yang sentiasa berulang.........?

Acis

Posted: 27/09/2007


Hello bro2, apa susah2 sgt klu ada masalah mtr terus je call pusat servis modenas...

suhaimi

Posted: 30/10/2007


saya baru membeli sebuah motosikal modenas kriss 120 pada 17hb oktober lepas. enjin memang power, suspensi mengagumkan, minyak memang jimat, cumanya mengapa enjin sukar dihidupkan kembali ketika maish panas. peliknyanya awal pagi senang je nak hidupkan, sekali tendang terus hidup. yang musykilnya, pada 25hb oktober lalu saya bawa motosikal untuk servis yang pertama di pusat servis u5 shah alam, mekanik dah betulkan timing karburator.3 hari lepas tu masalah sama berulang kembali. enjin sukar dihidupkan ketika masih panas. kenapa? lebih teruk lagi apabila penggunaan minyak semakin kuat berbanding masa mula keluar kedai dulu. apa yang patut saya lakukan? saya ada bertanya kepada otai2 lama, diorang ckp tukar karburator (sebab masih dalam waranti)kepada yg baru sbb masalah mungkin berpunca dari situ.

Previous   |  Page of 10 |   Next

Site Map | Contact Us

Copyright © 1995-2014 MODENAS (354613-V). All rights reserved.
Use of this website signifies your agreement to the Disclaimer and Online Privacy Policy

A Member Of
DRB-HICOM
(203430-W)
ISO CERT
" ISO 9001:2000 CERT NO. MY-AR 2496 "