Back to Forum Index Back to Topic Index Post New Message

After Sales Services

Topic: Is MODENAS Customer Call Centre helpful?

Adam Putra

Posted: 11/09/2006


Saya baru sahaja membeli Modenas Elit Sports, 3 hari yang lepas. Tetapi tidak disertakan dgn Buku Panduan (owner''s manual). Saya diberitahu oleh taukeh kedai bahawa untuk model scooter ini MODENAS tidak mengeluarkan buku panduan, adakah ini benar? Saya beli kriss2 dahulu pon ada manualnya. Sekiranya ada, bagaimana boleh saya dapatkannya. Terima kasih.

Raj

Posted: 12/09/2006


Mengapakah service Centre hanya satu sahaja di KL? Setiap hari service centre di jln Ipoh ini sesak dah saya tidak dapat service motor saya di service centre ini. Kedai motor biasa selalunya mempunyai barang tiruan and saya tidak selesa dengan kualiti service di kedai motor biasa. Harap Modenas dapat mewujudkan lebih banyak Service centre di KL supaya penunggang seperti saya dapat service motor dengan sempurna.

Ahmad Faizi Abdullah

Posted: 12/09/2006


Where i can find jaguh trip meter knob?

Mohd Norhisham bin Hamzah

Posted: 13/09/2006


Saya amat bersetuju dengan pendapat Shamsul Kamal mengenai pengeluaran varian motosikal berkuasa 250 cc. Di sini saya mencadangkan supaya varian motosikal berkuasa 200 cc ke atas untuk sektor Vintage & Scooter.

mohd rizal

Posted: 21/09/2006


saya telah membeli motorsikal jaguh (second hand) tapi saya tak ada buku owner manual. boleh tak saya mendapatkanya dlm bentuk soft copy atau hard copy? terima kasih

wan ahamad selili

Posted: 25/09/2006


saya ada lah pemilik modenas kriss 110cc tahun 1996. agak2 nya berapa harga pasaran semasa untuk membolehkan saya menukar pada model baru X CITE 130cc

mamadamia

Posted: 25/09/2006


Saya berminat rekebentuk terkini model terbaru modenas X CITE 130cc tetapi denagn kedudukan tangki minyaknya dihadapan, tidak kah ianya lebih membahayakan penunggang jika sekiranya belaku kemalangan dari arah hadapan?

Izzy

Posted: 29/09/2006


Akum, saya membeli moto scooter elit sports baru - baru ini, dan nasib tak baik, terlibat dengan kmalangan, bodykit sblah kanan condemn, masalahnya kenapa sikit sangat pusat servis modenas kat semenanjung ni, buatlah banyak sikit kalo boleh di stiap negeri kah etc.. dan satu lagi macam mana awak semua ni buat business, susah sangat nak cari di mana pusat servis modenas di section U5 shah alam, bubuhlah papan tanda di jalan utama macam di jalan sungai buloh 2... simpang mana satu nak masuk.. ai pening kepala aku.. marketing strategy 2 buatlah agresif sikit.

Asri Ahmad

Posted: 04/10/2006


X-cite130 keluaran modenas adalah salah satu motosikal moped yang bercirikan teknologi terbaru. Selain dari mempunyai ciri-ciri keistimewaan pada enjin, rekabentuk luarannya juga mempunyai keistimewaan tersendiri seperti tangki minyak di hadapan kerana ianya memberi keselesaan kepada penunggang semasa proses pengisian bahan api dilakukan. Dari segi keselamatan pula, ianya memang amat di utamakan dalam proses merekabentuk motosikal ini. Berbagai ujian keselamatan telah dijalankan ini termasuklah ujian "impact " dengan mematuhi syarat ujian SAEJ1241 Chapter 5.8 (Impact test) dengan kekuatan impact 450 Nm. Dari ujian tersebut tiada berlaku kebocoran bahan api atau kerosakan teruk pada tangki yang di perbuat dari keluli yang tebal dan tahan. Oleh itu kebimbangan tentang perkara tersebut adalah tidak perlu kerana motosikal ini telah menjalani beberapa ujian keselamatan dan telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Asri Ahmad, Bahagian Perkhidmatan Selepas Jualan - MODENAS.

Hazar

Posted: 04/10/2006


Saya dah pakai kriss 1 110 selema 5 tahun. Mileage motor lebih kurang 135000km. Masalah motor saya ialah.. susah nak start. Kalau waktu pagi senang sket nak start. tapi bila dah jalan jauh atau enjin tengah panas, memang susah giler nak start.. saya tak pernah miss servis bulan2, spark plug pun baru lagi tukar. tak tau ape masalahnye.. harap boleh membantu.

Previous   |  Page of 10 |   Next

Site Map | Contact Us

Copyright © 1995-2014 MODENAS (354613-V). All rights reserved.
Use of this website signifies your agreement to the Disclaimer and Online Privacy Policy

A Member Of
DRB-HICOM
(203430-W)
ISO CERT
" ISO 9001:2000 CERT NO. MY-AR 2496 "