SELEPAS hampir 5 tahun meninggalkan dunia perlumbaan sebagai
pelumba, kunjungan ke Litar Johor menguji motosikal terbaru keluaran syarikat
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), Kriss 120 ternyata peluang
yang cukup teruja buat diri saya. Lebih manis peluang ini memberi kesempatan
kepada saya beraksi bersama-sama rakan media yang selama ini banyak memberi
semangat dan dorongan sepanjang penglibatan saya dalam kancah permotoran
sehingga kini.
Di kesempatan ini saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada MODENAS kerana terus mengorak langkah
kehadapan dalam
industri permotoran negara dengan pelancaran model terbaru Kriss
120 yang dijana oleh enjin 4 lejang mono-silinder sejukan udara dengan
rekabentuk terkini dan agresif lagi ranggi.
Bertepatan dengan tema ‘Ledakkan
Kuasamu, Kriss120 turut mengalami ledakan enjin 4 lejang SOHC
dengan gerek dan lejang 55 x 50.6 mm yang mampu menjana kuasa
kuda 7.3 kW @ 8500 rpm dan tork 9.1 Nm @ 4000 rpm yang tahan
lasak dan ekonomikal dan mesra alam.
Penggunaan
teknologi terkini pada Kriss 120 termasuk MAC-s (Modenas Advanced Camshaft
System) yang memberi profil dan pemasaan aci sesondol hasil rekaan Modenas bagi
meningkatkan lagi respon dan kuasa enjin. Spesifikasi karburetor AV20 juga telah
diperhalusi kadar pelarasannya bagi memberikan pecutan yang
lancar.
Lincah
Di
Litar
Kriss
120
Kriss
120
Sistem elektrikal DC (8 kutub) diperkenalkan menggantikan sistem
AC yang diguna pakai pada model Kriss 110 sebelumnya jelas menghasilkan operasi
yang lebih efisien dan stabil.
Walaupun Kriss 120
yang ditunggang ini bukan versi perlumbaan, tetapi nikmat yang dijelmakan
jentera ini di atas litar tetap menggiurkan. Pengendalian yang dirasai
berbanding dengan model Kriss 110 sebelumnya tidak banyak berbeza tetapi kuasa
pecutan cukup berbeza dengan kemampuannya melonjakkan kuasa sehingga ke tahap
160 km/j.
Menunggang di litar atau di jalan raya
sistem suspensi adalah antara faktor yang perlu diambil kira. Ternyata suspensi
belakang dari jenis Dwi-Aksi yang diperbaharui menghasilkan kawalan sepenuhnya
apatah lagi ketika melewati 12 selekoh di Litar Johor
ini.
Pembaharuan yang diketengahkan oleh Modenas
kali ini ialah sistem penukaran gear berputar memudahkan tukaran gear dari gear
4 ke neutral memberi kelebihan mudah dan selesa kepada pengguna motosikal
Modenas masa kini.
Malah sistem pelinciran
Dwi-Tapisan menjamin pelinciran enjin yang lebih efisien dan membantu
jangkahayat enjin. Tetapi, jangan lupa penapis minyak perlu ditukar setiap
10,000 km.
Walaupun leka dan asyik memerah pendikit
minyak melayan selekoh Litar Johor, namun rekaan aerodinamik yang sportif
menyerlahkan profil Kriss 120. Set penutup badan Kriss 120 ternyata lebih
aerodinamik, moden dan menawan. Lampu hadapan Multi-
Reflektor dan lampu belakang yang terang dan jelas dapat
meningkatkan keselamatan penunggang.
Paparan meter
yang lebih sporti dan trendi, kompak dan praktikal serta paparan yang jelas.
Kontur baru tempat duduk yang lebih bergaya dengan material pembalut baru,
memberikan keselesaan setiap masa. Penutup enjin pula direka khas dengan
ciri-ciri penebat haba yang efisien.
Lebih menarik
Kriss 120 turut mengalami ledakan warna dengan skim dwi-warna - biru sinaran,
ungu kepekatan, merah membara, hijau tropika dan hitam metalik dan rekabentuk
grafik yang menarik menyerlahkan lagi gaya sebenar dan
penampilan.
Model terbaru ini direka khas untuk
memenuhi Standard Piawaian Eropah dan ianya dijangka akan menjadi model asas
kepada pengembangan pasaran eksport Modenas yang tertumpu di pasaran Eropah,
Asia Barat dan Asia Tenggara.
Harga Modenas Kriss
120 begitu kompititif kerana dengan hanya RM3,788 anda sudah boleh memilikinya.
Jadi apa tunggu lagi? Sambakla ……..sebiji beb!!!
SELEPAS semusim meninggalkan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM
PETRONAS Sprinta - Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) yang pernah
tampil dengan pasukan Modenas Racing Team kini hangat diperkatakan akan kembali
menyahut kejuaraan itu pada musim 2008.
Walaupun
kesahihannya masih samar,
tetapi itulah berita terkini yang bertiup kencang dari Gurun,
Kedah menjelang musim kejuaraan 2008 yang bakal meledak dengan beberapa
perubahan peraturan baru khususnya dalam cabaran
Expert.
Menurut Pengurus Pemasaran Edaran Modenas
Sdn Bhd (EMOS), Mohd Asri Said pengalaman lalu memberi banyak
pengajaran kepada mereka khususnya MODENAS sebelum menimbang
semula samada akan kembali menyertai kancah Cub Prix musim
2008.
“Pada saya masih terlalu awal untuk memberi
kepastian walaupun sebenarnya kami sememangnya berminat untuk kembali meletakkan
pasukan satelit dalam saingan Cub Prix.”
“Kami perlu
memberi pertimbangan pro dan kontra sebelum penyertaan semula MODENAS.” Jelasnya
ketika ditemui di Litar Johor sempena sesi pandu uji Kriss 120 baru-baru
ini.
Dipetik dari DPM (Dunia Permotoran Malaysia) Mingguan Sukan
terbitan Januari 2008
SPESIFIKASI KRISS 120
Panjang keseluruhan 1980 mm
Lebar
keseluruhan 680 mm
Tinggi
keseluruhan 1055 mm
Jarak
roda
1245 mm
Ruang kelegaan bumi 135
mm
Ketinggian tempat duduk 745 mm
Berat kering
(Model E) 98 kg
(Model F) 100 kg
Kapasiti
tangki minyak 4.3 liter
Penggunaan bahan api 47km/lit
@ 80km/j
Jenis enjin
4 lejang, SOHC,
silinder
tunggal
Gerek dan
lejang 55.0 x
50.6
Sesaran
120
cm3
Kuasa kuda maksimum 7.3 kW @ 8000 rpm
Tork
maksimum
9.1 Nm @ 4000 rpm
Karburetor
SPACO AV20
Sistem pencucuh
CDI-Digital
Sistem penghidup
(Model E) Penghidup Tendang
(Model F) Penghidup Elektrik
Sistem
penyejuk Sejukan
udara
Kapasiti minyak enjin 1.1
liter
Transmisi
4 kelajuan, sistem gear berputar
klac otomatik, multi cakera
basah
Suspensi hadapan
Cabang teleskopik
Suspensi
belakang Lengan buai
Brek
hadapan
Gelendong
Brek belakang
Gelendong
TEST
BERSAMA
YUZY
MODENAS hebat beb !!!